Photobucket
“Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya. Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qanaah menyertainya. Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya. Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah al-Quran menjadi barang simpanannya. Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya”

Friday, May 20, 2011

SUKOB UiTM 2011


Salam mesra, salam sejahtera, salam 1 Malaysia...

Tahniah diucapkan kepada ATLET UNIFIELD kerana bersama-sama telah menjayakan Sukan Antara Kolej Bersekutu UiTM di UiTM Lendu, Melaka pada 11hb Mei hingga 14hb Mei 2011.

Walaupun kebanyakan atlet baru pertama kali menyertai sukan ini, dengan kekurangan latihan dan perlawanan persahabatan, namun telah berjaya sampai ke peringkat suku akhir atas sebab usaha gigih dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para atlet.

Selepas ini, para atlet boleh gandakan latihan dan perbanyakkan perlawanan persahabatan demi mencapai kecemerlangan sukan dan seiring dengan akademik.

TAHNIAH sekali lagi dan semoga berjaya seterusnya.