Photobucket
“Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya. Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qanaah menyertainya. Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya. Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah al-Quran menjadi barang simpanannya. Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya”

Abadi Selamanya

Arwah ayah dan ibu
Haji Deris bin Jumaat bersama Hajjah Rafeah binti Hj Shawal










Tanah perkuburan mereka di Jalan Uganda, Kelang, Selangor.
Alhamdullillah, pusara mereka berada sebelah menyebelah... 
jodoh mereka sehingga ke akhir hayat..

Ya Allah Ya Tuhanku, kau cucurilah rahmat ke atas roh kedua orang tuaku.. 
dan tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang beriman, beramal soleh 
dan ahli-ahli syurga. 
Kau ampunilah segala dosa kedua orang tuaku semasa di dunia. 
Amin.

AL-FATIHAH



Biodata ayahku..
Beliau dilahirkan pada 28 April 1930 di Sipitang, Sabah.  Beliau dibesarkan di Miri, Sarawak dan Brunei Darussalam.  Beliau berketurunan Melayu Kadazan (dengar cerita ada kaitan dengan Kesultanan Brunei tapi blm pasti kesahihannya, hanya menunggu masa mengizinkan baru boleh diterangkan).  Beliau berkerja di bidang offshore (gali minyak) dengan syarikat Shell Brunei. Beliau mempunyai 3 orang adik beradik. Beliau merupakan anak sulung dan sering ke offshore.  2 orang adiknya masih menetap di Brunei.  Beliau telah bertemu jodoh dengan ibuku di Singapura.  Disitulah bermula detik percintaan mereka sehinggalah ke jinjang pelamin.  Selepas kelahiran anak yang bongsu, beliau telah berkorban meninggalkan kerja dan negara Brunei dan mengikut isterinya pulang ke Malaysia.  Beliau telah mendirikan sebuah rumah di tanah isterinya di Kampung Jawa (Shahbandaraya), Klang, Selangor.  Disitulah beliau membesarkan anak-anaknya seramai 5 orang sehinggalah ke akhir hayatnya.  Beliau telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada 29 Jun 2003 di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang.  Jenazah beliau telah disembahyangkan di Masjid Jati, Klang, Selangor dan disemadikan di tanah perkuburan Islam, Jalan Uganda, Klang.


Biodata ibuku..

Beliau telah dilahirkan pada 29 Februari 1931 di Kuala Selangor. Beliau telah dibesarkan di Klang, Selangor.  Beliau berketurunan Bugis Daeng Parani dan mempunyai kaitan dengan Kesultanan Selangor.  Beliau juga sering ke Istana Alam Shah Klang dimana ia merupakan tempat permainan beliau kerana mengikuti ayahandanya yang bekerja sebagai Pawang DiRaja semasa pemerintahan Sultan